Hari ni aku nak share sikit apa kelebihan solat di awal waktu...banyak kebaikan yang kte dapat tanpa kte sedari...mungkin ada sstengah dari uolls tahu n mungkin ada yang tak tahu.
aku tertarik nak share bila terbaca satu artikel ni.
Ditanya oleh sahabat kepada Rasulullah, “apakah amalan yang paling utama?”
Dijawab oleh Rasulullah, “solat di awal waktu.” Dikatakan waktu solat itu terbahagi kepada 3: Iaitu awal, pertengahan dan akhir. Dan seutama solat yang dianjurkan oleh Rasulullah ialah solat di awal waktu.
Apabila azan dilaungkan maka azan tersebut mampu menurunkan frekuensi persekitaran ke tahap theta yang paling rendah (deep theta). Apabila kita mengerja solat ketika ini dan ditambah dengan adanya wudhuk, maka frekuensi fikiran kita akan mampu turun sampai ke tahap theta ataupun sekurang-kurangnya alpha yang paling bawah (deep alpha). Ketika ini pastinya menjadi mudah untuk mencapai tahap khusyuk.
Deep theta + Alpha = theta atau deep alpha
Jika kita solat di tengah atau di akhir waktu, maka tenaga frekuensi azan ini telah berkurangan dan mungkin sudah habis. Maka agak sukar sedikit untuk mencapai tahap theta tersebut.
-i luv islam-
solat subuh
waktu Subuh, spektrum warna adalah biru muda yang berkaitan dengan frekeuensi tiriod yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh badan..
jadi, warna biru muda berkaitan dengan rezeki dan komunikasi..
Sesiapa yang melewatkan waktu solat Subuh mereka akan mengalami masalah komunikasi dan sukar untuk mendapatkan rezeki..
solat zuhur
waktu Zohor, warna alam adalah kuning..perubahan ini berlaku dari warna hijau ketika waktu (Israq & Dhuha)..
warna kuning ini berkaitan dengan warna keceriaan dan bersamaan dengan frekuensi perut dan penghadaman..
kalau kita melewatkan waktu zohor, kita akan mengalami masalah penghadaman dan hilang sifat keceriaannya..
solat asar
waktu asar,dari warna kuning, kini berubah ke warna oren, yang menandakan masuknya waktu Asar..
pada waktu ini frekuensi warna bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif..
rahsia warna oren adalah kreativiti..
mungkin jika kita melewatkan waktu Asar, kita akan melemahkan sistem reproduktif dan kreativiti yang ada dalam diri berkurangan..
solat maghrib
waktu Maghrib, warna alam akan berubah menjadi warna merah..
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang..
solat isyak
waktu Isyak, warna akan mengalami perubahan kepada warna Indigo..waktu Isyak ini mempunyai waktu ketenangan dan kedamaian..Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan..
ni jela yang aku dapat share..renung-renungkan n selamat beramal ^^

